Wednesday, February 2, 2011

TEKANAN DARAH

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan oleh darah ke atas dinding-dinding saluran darah arteri utama.

  • Tekanan adalah paling tinggi semasa jantung mengepam darah (contraction). Proses ini dikenali sebagai systolic.


  • Tekanan darah paling rendah berlaku semasa darah memasuki semula jantung (relaxation). Proses ini dikenali sebagai diastolic.

Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (Hg mewakili merkuri) dan bacaannya adalah bergantung kepada umur. Bacaan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti keadaan emosi (rasa tension, takut, gementar dsb). Tekanan darah yang tinggi dikenali sebagai hypertension, manakala yang rendah dikenali sebagai hypotension.

Carta di bawah menunjukkan bacaan bagi orang yang normal mengikut saranan WHO.

Contohnya seorang lelaki berusia 23 tahun sepatutnya:


  • mempunyai tekanan darah systolic antara 114 hingga 142 mm Hg, dan


  • mempunyai tekanan darah diastolic antara 62 hingga 88 mm Hg.

Bacaan tekanan darah dibaca dalam bentuk systolic/diatolic. Oleh itu sekiranya bacaan systolic ialah 120 dan diastolic 80, ianya ditulis sebagai 120/80.



Carta di bawah ini menunjukkan tekanan darah mengikut kategori (dari Joint National Committee on Detection, Evaluation and Treatment of high blood pressure):

Untuk sebarang intrepretasi berkaitan bacaan tekanan darah, sila rujuk dengan doktor anda.


No comments:

Post a Comment