Friday, February 11, 2011

Nisha oh Nisha..


Yandi dan isterinya, Nisha pergi ke pesta setiap tahun. Apabila terpadang pesawat ringan yang membawa dua penumpang berlegar-legar di udara yandi termenung.

" Nisha, abang teringin naik pesawat tu," kata Yandi.

Setiap tahun Nisha akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya, " Tak payahla bang, RM 50 untuk sekali naik..oii..mahal tu,membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."

Tahun berikutnya, Yandi dan Nisha pergi lagi ke pesta tu. Yandi masih ingin menaiki pesawat ringan, "Nisha, abg dh berumur 75tahun, kalo abg tak naik hari ni mungkin abg xkan dapat lg peluang untuk naik pesawat ni buat selama-lamanya." kata Yandi.

"Abang, RM50 tu mahal,membazir saja," Kata Nisha. sedang mereka berbual,tiba-tiba pilot data ng mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tp dengan satu syarat." Makcik dan Pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa di udara. Tetapi kalau pakcik dan makcik menjerit,saya kenakan bayaran RM50," kata pilot.

Yandi dan Nisha bersetuju. Sewaktu di udara, pilot melakukan pelbagai aksi, menjunam,tunggang terbalik dan ber pusing-pusing tetapi tidak sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua meeka. Berulang kali pilot melakukan aksi-aksi ngeri namun pasangan itu tetap tidak menjerit.

"Wah hebatnya..saya dh melakukan macam-macam cara untuk membuat pakcik dan makcik menjerit tetapi gagal,"kata juruterbang.
Sebenarnya saya nk menjerit tadi semasa Nisha jatuh dr pesawat tp RM50 tu besar,membazir saja," kata Yandi.

2 comments: